Normala Binti Mohd Dahlan

Normala Binti Mohd Dahlan
it's me !

Sunday, 18 December 2011

Madu Sepahit Hempedu...

Novel KUSERAHKAN KASIH karya FIDA ROHANI
" Tegarnya hatimu mengucap sayang, setelah aku kau lemaskan di lautan madu...."
Keluaran Alaf 21

Berada dalam pelukan suami, terasa dunia ini telah dimiliki. Itu yang dirasakan Jasmin sepanjang hidup bersama Farid. Namun, dunianya bergoncang dengan kehadiran Azura sebagai isteri kedua. 
Kerana sakit hati suami menduakan kasih, dia bertindak 'menundukkan' Farid supaya tidak lupa jalan pulang.
Tempias orang ketiga turut dirasai Intan Fariha, seorang wartawan majalah. Setiap hari dia melihat deraian air mata isteri2 yang dimadukan. Namun, dia sendiri terseksa kerana berkongsi kasih suami dengan dua wanita. 
Badai dan gelora yang melanda di hatinya hanya dia yang tahu. Terbukti, kata-kata di hujung penanya tentang poligami tidak semudah yang dilakarkan. 
MANIS PADA INSAN LAIN, TAPI TIDAK DI PIHAKNYA....
Sanggupkah Intan Fariha membiarkan dirinya terus terluka sedangkan kebahagiaab itu boleh dimiliki tanpa lelaki bernama suami??
Atau tunggu saja bila akhirnya ijab kabul yang terpateri berkecai dengan lafaz talak !

p/s: Jgn nk sibuk2 poligami lau rase tanggungjwb tuh sukar tuk di laksanakan...
Ingat ye wahai lelaki2 di luar sana...
(terutama Asma'an Darman) 
(^,^) 

No comments:

Post a Comment