Normala Binti Mohd Dahlan

Normala Binti Mohd Dahlan
it's me !

Friday, 9 March 2012

kerinduan




Hari ini aku rasa nak cerita mengenai hati aku...aku rasa kecewa dan sedih sebab orang yang aku sayang tak dapat jumpa aku minggu ni..tapi tak apa awak...saya paham..saya faham awak yang runsing dengan masalah awak tu...saya cuma nak bagitau sejauh mana awak dengan saya, saya tetap ingat kan awak...walaupun burung terbang jauh, tapi sang pasangan pasti akan menanti kepulangan burung itu.....<3

Saturday, 25 February 2012

♥ TALKATIVE ‎(♥‿♥): single.

♥ TALKATIVE ‎(♥‿♥): single.
kadang2 kite rase diri kite betul buat sesuatu keputusan...kadang2 kite rase dy tak perlu buat mase ni..mungkin ade pengganti, mungkin jauh,,,mungkin rase cemburu bile tgok kwn2 dekat dengan kekasihnye... tapi kekasih kite pon macam tu jugak..kite kene faham dan bertolak ansur dengan dia... kate2 ni bukan nak menyakitkan sape2, tapi klu rase kite nak pergi jauh dari hidup orang yang kite sayang, kite kene ingat lah ape yang pernah dia berkorban kt kite.. <3

p/s ikhlas dari hati yang polos....:)

Friday, 3 February 2012

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.



#Sumber Asal: Himpunan 19 Kata-Kata Hikmat ‘Motivasi’ Untuk Membakar Semangat Anda! | Julmazli Dot Com 

Monday, 9 January 2012

STATUS !

SINGLE RIGHT NOW !! 
Sedih n Hepy...nth ape2 jer kau ni..lantak r situ..orang dh taknak, nak wt macam mane..
forget him! 
Thanks 4 all ! 
I LOVE YOU EVER n EVER !!

Thursday, 22 December 2011

Road to Johore ! wah...cuty2 ni,rase syok giler..ye r,dapat duk ngn fmly aku... Aku dh kt yong peng ni...sempat aku tulis coretan ni...haha.. I'm back !!!

CosTumE....

yeaahhhhh! esok kelik Johor. Seronoknya.... Jom same2 kelik Johor.. huhuhu... Cuti seminggu... Boleh duk kt kampung lama2.... Tapi nak kene jahit baju untuk costume Cerita Enam Jahanam... 
Malasnya... Rase bosan gile balik kg kene buat keje..waaaa.... :'( 
Ape2 pon, aku terpakse buat.. Aku just nk rest jer.. Lau dh nasib badan macam ni, xpe lar...hahahaha,.. 

HOPE jahitan aku menjadi..Amin ! 
<3 <3 <3 <3 
c and wait until my costume are DONE !! 
p/s: jgn ketawa lepas aku siapkan costume aku tuh...hehehehe... :)

Sunday, 18 December 2011

Madu Sepahit Hempedu...

Novel KUSERAHKAN KASIH karya FIDA ROHANI
" Tegarnya hatimu mengucap sayang, setelah aku kau lemaskan di lautan madu...."
Keluaran Alaf 21

Berada dalam pelukan suami, terasa dunia ini telah dimiliki. Itu yang dirasakan Jasmin sepanjang hidup bersama Farid. Namun, dunianya bergoncang dengan kehadiran Azura sebagai isteri kedua. 
Kerana sakit hati suami menduakan kasih, dia bertindak 'menundukkan' Farid supaya tidak lupa jalan pulang.
Tempias orang ketiga turut dirasai Intan Fariha, seorang wartawan majalah. Setiap hari dia melihat deraian air mata isteri2 yang dimadukan. Namun, dia sendiri terseksa kerana berkongsi kasih suami dengan dua wanita. 
Badai dan gelora yang melanda di hatinya hanya dia yang tahu. Terbukti, kata-kata di hujung penanya tentang poligami tidak semudah yang dilakarkan. 
MANIS PADA INSAN LAIN, TAPI TIDAK DI PIHAKNYA....
Sanggupkah Intan Fariha membiarkan dirinya terus terluka sedangkan kebahagiaab itu boleh dimiliki tanpa lelaki bernama suami??
Atau tunggu saja bila akhirnya ijab kabul yang terpateri berkecai dengan lafaz talak !

p/s: Jgn nk sibuk2 poligami lau rase tanggungjwb tuh sukar tuk di laksanakan...
Ingat ye wahai lelaki2 di luar sana...
(terutama Asma'an Darman) 
(^,^)